Piala Dunia
kembali lagi dan setakat ini semua pasukan dah pun merasa perlawanan pertama
mereka dalam pusingan pertama ini. Macam-macam berita dan kontroversi yang
kedengaran dan yang paling menarik perhatian adalah bola rasmi Piala Dunia,
Jabulani yang dikatakan terlalu cepat mengubah pergerakan (unpredictable
swerving movevement). Tambah dengan kontroversi vuvuzela pula yang jelas
menyusahkan pemain berinteraksi sesama mereka..saya pun rasa hilang minat bila
yang kedengaran hanya bunyi lebah menenggelamkan sorakan chant penyokong
pasukan. Peh macam pengulas sukan pulak rasanya..Kita tinggalkan dulu Piala
Dunia dan hari ni kita bersembang berkaitan dengan bola sepak juga iaitu
Koordinasi Mata-Kaki.
Koordinasi
Mata-Kaki
Koordinasi
Mata-Kaki bermaksud keupayaan untuk melakukan tugas yang melibatkan pergerakan
kaki dan mata. Bersesuaian dengan definisinya, Koordinasi Mata-Kaki merupakan
salah satu unsur terpenting yang perlu dikuasai oleh atlit di dalam bidang
sukan terutamanya sukan bola sepak. Ada 5 perkara berkaitan dengan Koordinasi
Mata-Kaki yang perlu diketahui. Jom kita tengok...
1. Bola
Sepak Memerlukan Kemahiran Koordinasi Mata-Kaki
Seperti yang
saya tulis di atas, pemain bola sepak perlu mempunyai Koordinasi Mata-Kaki yang
sempurna. kajian yang telah dilakukan di Institut Neurologi di London
mengesahkan bahawa penglihatan pemain mengawal pergerakan kaki mereka.
Kemahiran ini membolehkan mereka untuk membuat hantaran pinpoint,
sepakan percuma dengan tepat, menipu bahagian pertahanan lawan dan menggelecek
bola. Koordinasi ini juga membolehkan pemain memberhentikan bola dengan kakinya
dan melakukan penyesuaian kaki untuk menahan bola dalam apa jua keadaan.
Koordinasi Mata-Kaki yang baik juga membolehkan pemain melihat ke depan
walaupun sedang mengawal bola dengan kakinya.
2.
Melibatkan Anak-Anak Dalam Sukan Bola Sepak
Bola sepak
merupakan sukan yang terbaik untuk meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki
kanak-kanak. Tambahan mereka masih muda dan berada di dalam proses
perkembangan, latihan ini yang diberikan pada peringkat awal akan menajamkan
Koordinasi Mata-Kaki mereka. Jika berkemampuan, ibu bapa boleh mendaftarkan
mereka di akademi bola sepak. Di sana kanak-kanak akan dilatih dan bermain
secara tidak kompetetif dan fokus ke arah menajamkan kemahiran berbanding
memenangi perlawanan tersebut. Dalam program ini, juruletih jurulatih
akan menggunakan latihan yang bersesuaian dengan umur pemain untuk meningkatkan
koordinasi Mata-Kaki dan dalam masa yang sama mengajar peraturan permainan bola
sepak. Semakin awal kemahiran mereka dilatih, semakin cekap Koordinasi
Mata-Kaki mereka.
3.
Meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki Dengan Kawalan
Semakin
bagus pemain tersebut mengawal bola, semakin yakin beliau terhadap Koordinasi
Mata-Kaki. Pemain Bola sepak yang bagus adalah pemain yang mengetahui
pergerakan kakinya adalah dicetuskan dari proses penglihatan mereka (tindakan
refleks). Jurulatih perlu mengaplikasikan latihan di mana pemain akan berasa
yakin semasa mengawal bola di samping meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki.
Apabila pengawalan dipertingkatkan, koordinasi akan menjadi lebih baik.
4. Berlatih
Dengan Dinding
Latihan ini
merupakan latihan yang sangat mudah dan boleh dilakukan berseorangan. Jadikan
dinding sebagai teman dan sepak bola ke arah dinding. Ini sebenarnya latihan
mudah untuk meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki. Tendang bola ke arah dinding dan
hentikan bola tersebut tanpa melihat ke arahnya. Buat berulangkali dan
sekiranya anda sudah mahir lakukan tendangan secara pinpoint pula tanpa
memberhentikan dan melihat ke arah bola tersebut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar